Tuesday, May 24, 2011

Garis Panduan Umum Operasi Tangkap Khalwat

petikan http://drmaza.com

May 18, 2011 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan |

oleh:
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Memandang Islam cuba sedaya upaya menutup maksiat peribadi seperti khalwat, zina, minum arak dan seumpamanya, maka garis panduan operasi ‘tangkap khalwat’ mestilah diperketatkan. Ini kerana operasi‘tangkap khalwat’ selalu menimbulkan pertentangan dengan prinsip-prinsip Islam dalam hal ini. Ramai orang menyangka tanpa operasi ‘tangkap khalwat’ maka bertambah perzinaan dalam masyarakat, sedang mereka lupa zina itu berkembang disebabkan maksiat terbuka seperti media, hiburan, pentas seni dan seumpamanya yang secara terang mempromosikan maksiat. Malang sekali, jika maksiat tertutup diintip dan dicari sementara yang nyata dibiarkan dan dipromosi.

Maka dengan ini saya mencadangkan beberapa perkara berikut mestilah difahami dan diberikan perhatian dalam operasi ‘tangkap khalwat’;

- Gambar Hiasan

1. Operasi ini hendaklah tidak menjadi punca kemungkaran tajassus (mengintip aib orang lain) berkembang dalam masyarakat Islam.
Maka pemberi maklumat hendaklah dipastikan ia tidak diperolehi berdasarkan perbuatan tajassusnya. Sebaliknya, berasaskan zahirnya kemungkaran tersebut. Seperti nampak dari luar rumah, atau bunyi yang meyakinkan maksiat sedangkan berlaku. Pemberi maklumat memperolehi secara jelas, bukan tajassus atau intipan. Jika pemberi maklumat melakukan tajassus tanpa keperluan, maka dia fasik. Pemberitahuan orang fasik ditolak. Menerima pemberitahuan bersumberkan tajassus akan menggalakkan masyarakat kita mengintip antara satu sama lain. Maka, mungkin akan diintip hubungan seks pasangan suami isteri atas‘kononnya’ hendak memastikan mereka tidak melakukan maksiat. Sebab itu apabila dibawa seorang lelaki kepada Ibn Mas’ud, lalu diberitahu kepadanya: Lelaki ini menitis arak dari janggutnya. Kata ‘Abdullah bin Mas’ud:

“Kita dilarang untuk mengintip, namun apabila jelas kepada kita maka kita bertindak”. (Riwayat Abu Daud. Sanadnya sahih)

2. Tidak Boleh Operasi Itu Sendiri Berasaskan Tajassus.
Hendaklah kemungkaran yang dicegah itu apabila ia nyata atau diketahui secara yakin. Ini seperti nampak melalui tingkap atau cermin yang jelas. Aktiviti yang dimaklumi oleh masyarakat sekeliling atau berdekatan. Maka tajassus seperti memeriksa bilik ke bilik, atau meminta dibuka pintu untuk diperiksa tanpa sebarang kemaslahatan mendesak iaitu ancaman keselamatan awam adalah bercanggahan dengan ruh Islam. Ia menggalakkan sikap prasangka dan boleh memalukan atau menjatuhkan maruah mereka yang diperiksa. Firman Allah: (maksudnya)

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani”. (Surah al-Hujurat ayat: 12)

3. Operasi Tidak Boleh Berasaskan Maklumat Yang Tidak Pasti
Sekalipun tanpa intipan, tetapi jika berita berasaskan syak wasangka atau agakan semata-mata tidak boleh dijadikan teras operasi. Al-Quran melarang menerima perkhabaran orang fasik. Ini seperti firman ALLAH dalam Surah al-Hujurat: (maksudnya)

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Maka pemberi maklumat atau informer yang diketahui terlibat dengan kerja-kerja fasik secara jelas hendaklah ditolak. Termasuk dalam hal ini ‘kaki tajassus’. Al-Imam Ibn Kathir menyebut bahawa berdasarkan ayat ini sebahagian ulama menolak riwayat orang yang tidak diketahui latarbelakangnya dibimbangi ia fasik.

4. Pihak Pencegahan tidak boleh menggalakkan suasana suka mengadu keaiban sesama muslim –secara langsung atau tidak- tanpa kesedaran sendiri melakukan Al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘An al-Mungkar.
Nabi s.a.w tidak suka kes-kes diangkat kepada baginda. Sikap suka mengangkat kes-kes maksiat peribadi kepada penguasa adalah menyanggahi ruh Islam yang menyuruh ditutup keaiban saudara muslim. Sebaliknya, masyarakat hendaklah digalakkan dan diberi kesedaran melakukan Al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘An al-Munkar kerana itu adalah tanggungjawab semua pihak. Maka pemberian saguhati kepada pemberi maklumat dalam maksiat peribadi ini hendaklah dihentikan. Daripada Abi Barzah al-Aslami, katanya: Bersabda RasululLah s.a.w:

“Wahai sekelian yang mendakwa beriman dengan lidahnya, namun iman tidak masuk ke dalam hatinya, jangan kamu mengumpat kaum muslimin, jangan kamu mencari-cari keaiban mereka. Sesiapa yang mencari-cari keaiban kaum muslimin, maka Allah akan mencari keaibannya. Sesiapa yang Allah cari keaibannya, maka Allah akan mendedahnya sekalipun dirumahnya. (Hadith sahih. Riwayat Abu Daud dan Ahmad).

5. Tidak boleh didedahkan maksiat ini kepada umum melainkan untuk tujuan penghakiman.
Maka tindakan membawa media untuk membuat liputan semasa penangkapan adalah menyanggahi prinsip-prinsip menutup aib dalam Islam. Bahkan perbuatan menyiarkannya kepada awam seperti di internet dan media massa adalah haram kerana mendedahkan keaiban orang lain. Ini tidak boleh disamakan dengan hukuman zina di khalayak ramai yang pasti dengan saksi yang yakin. Sebab, Nabi s.a.w berusaha menolak kes-kes zina, dihukum setelah pasti tanpa didedahkan aktiviti seks secara terperinci melainkan proses penghakiman.

6. Tidak boleh menuduh mereka yang berkhalwat itu berzina selagi tiada empat orang saksi yang melihat secara terperinci proses zina itu berlaku tanpa syak.
Jika pegawai itu menuduh tanpa bukti, maka hendaklah dibicarakan di bawah peruntukan qazaf.

Share

Sunday, May 22, 2011

BERAPAKAH HARGA SEBUAH CINTA? BILA ISTERI SANGGUP JUAL SUAMI????

Salam...

Sekarang jam 5.29 pagi 23 May 2011... mata aku tak dapat nak lelap...
Memang ada rasa nak buat entri pasal filem Malaysia yang kurang penerokaan dan kurang 'research' selepas aku menonton Niyang Rapik kat Astro Prima tadi, tapi aku dah ubah pikiran selepas aku menonton filem Cun sebelum aku tulis entri ni.

Ekceli, bukan satu hal je aku nk cerita.. tapi ade dua2 kot.. yang baik ada dan yang x baik pon ada.. sbb aku nk relate kan CUN dengan filem SUAMIKU SUAMIMU JUA yang aku tonton semalam.

Semalam aku tonton SUAMIKU SUAMIMU JUA kat ASTRO jgk la.. lupa lak cenel mana... Kisahnya tentangs eorang isteri yang terlalu inginkan kemewahan dalam hidup dan kalau dah namanya isteri, pastinya beliau adalah seorang wanita/perempuan kan.. xkan LELAKI pulak jadi isteri.

Si suami merupakan seorang yg sangat amanah dan jujur dalam kehidupan serta menyayangi dan menyintai si isteri dengan sepenuh hati. Beliau langsung tak marah walaupun isteri buat banyak kesalahan(termasuk guna duit untuk bayar sewa rumah utk shopping) Isteri dia ni, punya la nk hidup mcm orang kaya, dan sangat mementingkan kepuasan nafsu dia yang x abih2 nak berlagak mcm orang kaya walaupon hidup diorang hanya sederhana saja. Panjang kalau nk buat sinopsis... elok korang aje tonton sendiri. AKu nk amik part di mana si isteri sanggup men'jual'kan suami nya dengan harga RM1 juta. Waaa... nilai cinta si isteri pada suaminya yang sgt setia dan sanggup bergadai kerana beliau hanyalah RM1 juta???? masa ni aku terpikir.. "erm, pompuan mcm tu la..x pernah nak hargai CINTA.. hinggakan boleh ada harga(dalam RM) bagi CINTA. Si isteri menyuruh suami kahwin dengan pompuan kaya demi wang 1 juta tuwalaupun si suami enggan, si suami hanya bersetuju bila isterinya sakit sebab permintaan tu tak ditunaikan. Nampak tak kat sini.. suami setuju bukan kerana nak akwen lagi satu, tp masih lagi kerana CINTA nya pada si isteri.. demi kebahagiaan isteri yang tercinta. .. korang tengoks endiri ye kalau nak tahu.. cuma pada aku... dlm filem ni, terserlah ke'materialisk'an seorang wania/perempuan.

Berbanding dengan filem CUN, kisahnya seorang wanita yang sanggup meninggalkan kejayaan beliau demi seorang lelaki(aku nak la cinta mcm ni.. ada ke??) Filem CUN ni dulu aku rasa mcm filem bodo ja... tp tu la orag dah kata .. DOnt judge a book by its cover kan (degil sangat aku ni). OK.. dalam filem ni bukan sahaja kesah pasal cinta sejati, pengorbanan demi kasih sayang.. tapi punyai nilai2 kekeluargaan yang sangat menyentuh hati(siyes beb.. beberapa kali airmata gua menitis.. hilang macho sat) Cuma dalam hati aku masih terdetik.. aku sangat mahukan cinta yang sebegini.. adakah masih wujud cinta sebegini?? Sebab hari ni... selama pengalaman aku sendiri bercinta, wanita ni suka bila lelaki menggembirakan dia, bersenang senang bersama... hepi ja... tapi bila laki dalam keadaan marah, ditambahkan lagi kemarahan tu.. ada la... atau pon terus biarkan camtu aje... seolah-olah.. cinta tu masa baik2 dan masa yang x baik.. dah x cinta.. :( benda ni paling menyedihkan aku... tapi dalam filem cun ni... laki (Remy Ishak atau Atan ) adalah seorang yang panas baran, tapi cepat sejuk(itu sifat xbaik), disebaliknya beliau seorang yang penyayang dan romantis (itu sifat baik) erm... lebih kurang mcm sifat aku la tu... yang bestnya.. wanita (Maya Karin atau Luna Latisya) yang syg kat dia tu.. tetap menunjukkan kasih syg walaupun masa Atan marah... dia dtg dengan lembut memujuk Atan, wow.. aku teringin sgt nk keadaan tu. Dan pada aku.. keadaan mcm ni hanya akan berlaku seandainya CINTA yang wujud itu tiada berSEBAB. CINTA seadanya ia, walau wangi atau busuk sekalipun.. tetap CINTA. Keluarga pulak? tak abih2 memberi sokongan dan sgt wow... bila hubungan erat sesama keluarga yang dipaparkan memberi impak yang baik kepada penonton. AKu nangeh beb tengok cita ni... sangat menyentuh hati... Heheheh

Aku nak tnya balik kat korang.... yang cerita pertama td tu, memang banyak aku jumpa... dan memang berleluasa pada zaman la ni... tp yang kedua ni.. mana nak cari ea? masih adakah lagi cinta sejati? kalau ada.. bak mai satu.. HIHIHIHIHI

Thursday, May 19, 2011

BEKENALAN MELALUI INTERNET @ KONVENSIONAL

Assalamu'alaikum w.b.t

Apa habaq korang2 rakan pendengar Radio KitaFM dan pembaca2 blog serta blogger2 yang sudi nk bukak blog KitaFM ni.. TQ, Tocey, Nandri, Terima Kasih, Jazzakallah...

Alhamdulillah, masih ada yang sudi nak baca entri2 kat sini dan bukak blog ni walaupun sekadar nak mendengar celoteh Deejay2 di Radio KitaFM

Dah lama x menulis ni... hari ni rasa nak bukak topik ni... ni bukan topik baru, mungkin dah basi.. tapi x salaah kalau kita bukak semula, segarkannya dan luahkan pendapat kepada mereka yang mahukan pendapat atau pon pandangan.

Walaupun bukan seorang profesional sebagai seorang yg layak untuk bercakap soal ni, aku tak peduli.. aku nak jugak tulis pasal ni... Wakakakakak

OK, kat sini ada dua jenis perkenalan tidak kira samada dengan tujuan untuk berkawan, bersahabat mahupun nak berCINTA. Standard arr.. zaman la ni zaman IT, so ramai dah ada internet di rumah masing2 dan ada yg dah ada mobile internet. Maknanya korang boleh online kat memana saja korang suka walau dalam apa saja situasi tanpa mengira cuaca.

Pastilah ramai yg suka melayari laman2 sosial atau berchatting di YM, Skype, MiRC dan mcm2 lagi la(yang betul2 surf cari info masih di tahap kurang memberangsangkan). Ramai yang suka cari kwn2 kat tempat2 mcm ni dalam internet dan ada yang jadi kawan sampai mati, ada yang bergaduh gaduhan tak kurang juga yang mencari CINTA dan mencari MANGSA.

Kat sini ada satu persoalan tentang sikap manusia yang masih berada di takuk lama(ni pendapat aku aje!!). Yang selalu ja anggap semua orang yang dikenali di internet ni semuanya tak baik. Depa2 ni berprasangka negatif kepada LELAKI/WANITA yang dikenali melalui 'alam maya' ni. KEPa boleh berlaku macam ni? Sebab peranan media yang selalu ja dok cerita pasal perkara2 negatif oleh org2 atau manusia kat 'alam maya' ni. Cerita kalau berkait dengan internet ja, akan jadi cepat 'panas'. AKu rasa la, benda ni la menjadi punca wujudnya manusia2 yang trauma dan takut pada org2 yg dikenali melalui 'alam maya', sedangkan 'alam maya' ni hanyalah sebagai satu medium komunikasi yang tak patut dipersalahkan. Begitu jugak dengan penggunanya, Ala.. mcm kita ni la...

Aku nk tanya korang la, korang sendiri penah tak berbual atau berchatting atau berkenalan dengan orang2 yang bependapat mcm tu? Mesti ada kan!! Adakala sikap mereka2 ni membuatkan golongan2 pelayar internet (terutama yg lebih ekstrem) mcm kita ni terasa terhina dan berada dalam golongan yg 2nd, 3rd, 4th class pulak... HAhahah... :(

OK.. tentang perkenalan konvensional pulak. Adakah perkenalan secara konvensional boleh mengelak drp berlaku hal2 x elok(cth: rogol, cabul, tipu, dll) ? Dalam kes2 jenayah yang berlaku berkaitan perkara2 mcm tu, lebih banyak yg bermula dari perkenalan konvensional kan? Semua pon tahu. Pendek lak cite konvensional.. (hahahahh)

SO.. drp benda yang telah dibincangkan tu, mcm aku ckp td la, internet hanyalah satu medium atau saluran komunikasi, dan yang buruk tu dtg dari pelakunya sendiri. Pelaku ke'BURUK'an ni bukan saja terdiri drp geng2 o9 tapi.. yang tak o9 pon ramai ja.. bahkan lebih ramai lagi kot.

Secara tak langsung, aku nk mintak korang2 yang masih emmpunyai pemikiran mcm tu, cer bukak minda, buka mata, dan buka hati kalian. Tidak kira cara mana korang berkenalan atau kat mana sekalipun, keikhlasan itu datang dari lubuk sanubari dan bukannya dari hobi seseorang yg suka online 24-7 atau tidak suka.

p/s :Kita2 ni gunakan teknologi ni utk berkomunikasi, aku sendiri ngaku ada ramai kawan o9 yang pernah dan tidak pernah aku jumpa. Ada yang jadi kawan baik sampai hubungan mcm famili dan x kurang ada yang tak baik, pepandai lah kita menilai ke'ikhlas'an seseorang manusia.

Wednesday, May 18, 2011

TERBUNUH KERANA OPERASI CEGAH MAKSIAT?



By : Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Soalan: Dr Asri, semalam ada berita seorang telah terjatuh mati kerana lari dari intipan pihak pencegah maksiat sebuah jabatan agama. Bolehkah perkara macam ini berlaku? Bolehkah kita cegah maksiat sehingga menyebabkan orang mati? Minta tolonglah Dr Asri huraikan kes ini.

Kenali mangsa, KL.

Jawapan: Ya, saya berdukacita dengan berita kematian seorang individu kerana lari daripada intipan pihak pencegah maksiat yang cuba menangkapnya kerana khalwat. Kes ini bukan yang pertama. Sudah berapa banyak kes yang sama berlaku dalam negara kita. Walaupun sudah kritikan dibuat, tetapi hal ini tetap berulang. Apabila berita tersebar dalam media, ia telah memalukan keluarga mangsa, memberikan mesej yang salah mengenai Islam kepada bukan muslim dalam negara ini, yang sememangnya telah lama salah faham disebabkan tindakan masyarakat muslim itu sendiri. Di sini saya suka menyebut beberapa perkara secara umum mengenai kes-kes yang telah berlaku;

- Gambar hiasan

1. Mana-mana pihak tidak boleh menuduh mangsa atau terlibat sebagai berzina, kerana tuduhan zina memerlukan empat orang saksi yang lihat secara jelas berlakunya zina, bukan sekadar berdua-duaan, atau berpelukan atau seumpamanya. Jika tidak, penuduh di bawah hukum qazaf. Jika tiada bukti jelas, paling tinggi yang boleh dituduh berkhalwat, bukan berzina.

2. Islam tidak cenderung menghukum dan membongkar maksiat peribadi sekalipun pelakunya mengaku. Islam cenderung agar pelakunya bertaubat dan menutup keaiban dirinya. Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata:

“Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: “Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”. Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi.

Nabi s.a.w menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) “Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah Yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang Yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114).

Maka ada seorang bertanya: “Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah? Jawab Nabi s.a.w: “Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.

3. Khalwat (bersendirian) dengan bukan mahram memang suatu kesalahan. Namun, ada beza antara mereka yang secara terang bermaksiat dengan yang cuba bersembunyi. Ini yang disebut oleh Rasulullah s.a.w: :

“Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menzahirkan (dosanya)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ini kerana yang cuba sembunyikan dosa –sekali sedang maksiat- masih lagi mempunyai nilai malu dan menjaga maruah diri dan keluarganya.

4. Apa yang peliknya dalam negara kita, maksiat yang jelas, berpelukan lelaki dan perempuan dalam filem, atas pentas lakonan, pentas seni dibiarkan oleh pihak berkuasa pencegah maksiat, sehingga ada isteri orang besar pun yang memeluk artis luar negara di hadapan umum, dibiarkan, yang sembunyi dicari dan diburu.

5. Al-Quran melarang perbuatan mengintip bagi mencari maksiat peribadi yang bukan jenayah awam. Firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 12: (maksudnya)

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang..”

Al-Imam al-Tabari (meninggal 310H) telah menghuraikan dengan jelas maksud ayat ini. Antaranya:

wala tajassasu bermaksud jangan kamu mencari keaiban satu sama lain, jangan kamu mencari rahsia-rahsianya dengan tujuan untuk mengetahui kecacatannya. Namun berpadalah dengan apa yang nyata dari dirinya. Nilailah dia atas asas tersebut sama ada baik atau buruk. Jangan kamu mencari kesalahannya. Kata Ibn ‘Abbas: “Allah melarang orang mukmin daripada mencari keburukan-keburukan mukmin yang lain.

Kata Mujahid: “Ambillah apa yang nyata, dan tinggalkan apa yang Allah tutup”. Kata Qatadah: Tahukah kamu apa itu tajassus? Iaitu kamu mencari-cari keaiban saudaramu untuk mengetahui rahsianya.

Kata Ibn Zaid: “Tajassus itu kamu berkata: sehingga aku dapat lihat kesalahan itu, aku bertanya mengenainya untuk mengetahui adakah benar atau tidak”.( al-Tabari, Tafsir al-Tabari, tahzib: Dr Salah al-Khalidi, 7/40-41 Damsyik: Dar al-Qalam (1997)

6. Justeru itu, para ulama sejak dahulu telah melarang mengintip untuk mencegah maksiat. Hal ini telah saya sebut berulang kali. Sikap suka mengintip inilah juga yang mencetuskan kontraversi ‘video seks’ yang jika dibenarkan akan menjadi trend yang digunakan oleh pelbagai untuk menjatuh pihak yang lain. Hal ini telah ditegaskan oleh al-Imam al-Ghazali dalam Ihya ‘Ulum al-Din:

“Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah (pasukan pencegah mungkar) tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta’ala telah melarang hal ini.

Kisah ‘Umar dan ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa ‘Umar r.a. telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah ‘Umar dan berkata: “Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakaiNya pada tiga perkara. ‘Umar bertanya: “Apa dia?”.

Dia berkata: Allah ta’ala telah berfirman (maksudnya: Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain). Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman: (maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya). Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya: janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka ‘Umar pun meninggalkannya…

Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut..”(Al-Ghazali, Ihya ‘Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).

7. Dr Yusuf al-Qaradawi membuat tegasan yang sama:

“Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemunkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis “barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya….”

Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemunkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemunkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya. Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat.

Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya. Bahkan hukuman ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadith sahih: (bermaksud):”Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Justeru, tiada seorang pun mempunyai wewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyian. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, m.s. 124, Kaherah: Dar al-Syuruq).

8. Maka, tindakan mana-mana pasukan pencegah maksiat peribadi seperti khalwat, minum arak dalam keadaan sembunyi sehingga menyebabkan kematian adalah satu dosa. Maka anggota operasi perlulah didakwa dan dibicara atas tuduhan menyebabkan kematian. Mereka ini telah menyebabkan mungkar yang lebih besar iaitu kematian kerana ingin mencegah kemungkaran kecil iaitu ‘khalwat’ dan menggunakan kaedah pencegahan yang dilarang oleh agama iaitu mengintip.

Tuesday, May 17, 2011

TIPS PENJIMATAN MINYAK PALING CANGGIH ABAD INI

JOM KITA CUBA MAX POWER REVOLUTION . TAK RUGI . TAK JIMAT DAPAT DUIT BALIK.


Alat penjimatan minyak semakin menjadi kegilaan pengguna kenderaan bermotor dari pelbagai jenis model dan kapasiti. Sehubungan itu sebuah syarikat pengeluar, pengedar dan pemasar bagi alat penjimat minyak Kialuan Impian Sdn Bhd yang dimiliki anak muda bumiputra gigih memasarkan produk ini iaitu, Max Power Revolution atau lebih dikenali sebagai MPR.
Baru-baru ini syarikat Kilauan Impian Sdn Bhd telah melancarkan kotak terbarunya yang lebih menarik dan mesra pengguna .Perubahan ini menggambarkan pihak syarikat Kilauan Impian Sdn Bhd begitu serius dalam memasarkan produk mereka, dan bagi membina jenama yang kukuh dan dikenali.
Sehubungan itu pihak syarikat  juga telah membawa beberapa inspirasi baru bagi penambah baikan system kecekapan sedia ada. Dengan inspirasi baru ini kecekapan terhadap tindak balas kepada kenderaan yang menggunakan produk ini lebih baik dan berkesan.Dengan keberkesanan ini
akan lebih meyakinkan para pegguna terhadap alat penjimatan minyak yang hangat diperkatakan sekarang ia itu MPR. Pihak syarikat amat berbangga dan berbesar hati dengan bertambahnya pengguna yang sedia ada, disamping dapat menolong mereka berjimat,pada masa yang sama mendapat manafaat teknologi yang telah disediakan.
Menariknya MPR bukan sahaja dapat menjimatkan bahan api sesebuah kenderaaan malah ia juga berfungsi sebagai penstabil voltan yang cekap bagi sesebuah kenderaan,ia mengatur dan memantapkan sistem kecekapan elektronik (ECU) dari segi pembahagian arus.ini membuatkan kenderaan yang menggunakan MPR dapat menikmati kelebihan-kelebihan seperti keterangan lampu,tindak balas enjin yang lebih cepat,melembutkan penukaran gear,mengurangkan tekanan enjin,menambah baik sistem audio,meningkatkan tindak balas RPM walaupun ketika penyaman udara dipasang.
Kilauan Impian Sdn Bhd pada masa sama gigih berusaha mempergiatkan jualan dan juga promosi melalui pelbagai sumber diantaranya internet,akhbar,radio dan juga tv. Sejak mula memasuki pasaran tempatan, jualan MaxPower Revolution (MPR) sudah meningkat melebihi 35,000 unit dalam tempoh singkat dan ia semakin meningkat dari masa ke semasa disokong dengan keyakinan yang ditunjukkan oleh para pengguna selepas menggunakan dan mengalami sendiri keajaiban teknologi jepun dari produk ini.
Pihak syarikat Kilauan Impian Sdn Bhd memberikan jaminan pulangan wang sehingga 100% dan juga jaminan produk selama satu tahun kepada semua pelanggan MaxPower Revolution (MPR) mengikut syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.
MPR boleh diperolehi pada harga asal yang mampu milik iaitu RM219 untuk semenanjung dan RM239 di sabah dan sarawak.MPR boleh didapati dari semua stokis dan pengedar sah Kilauan Impian Sdn Bhd di seluruh Negeri atau anda boleh melayari website syarikat di www.mpr4u.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk ini, atau anda boleh layari facebook mereka di www.facebook.com/mpr4u

p/s : Ini adalah satu satunya alat seumpanya yang mendapat kelulusan daripada SIRIM

Thursday, May 12, 2011

KAMUS LOGHAT KUALE KANGSOR... XYAH BELAJOR NGAN USOP WILCHA, MEH BELAJOR JE NGAN AWOK

KAMUS LOGHAT DAERAH KUALA KANGSAR
by KUALA KANGSAR TETAP DI HATI on Friday, April 8, 2011 at 2:55pm





A

ACHERKEME - macamana kalau

ATER - habis tu

ASER - Bila

AYO - Air

AJER NGAN YER - betul sangat dah tu



B

BULOR - Lapar tak makan

BOLEN - Bertelanjang Bulat

BIOT - Degil

BERDAGHOH - berdarah

BERDANO - terlalu kotor

BERDAMO - bersepai

BENGKIN - garang

BEDA'AH - Tipu/bohong

BEBEI - degil sngt2 atau pun menyesal/bebal

BONYEH - lantai yg basah

BOJOT - badan basah habis kena hujan

BESIT - merotan

BEGHANSOR - nak balik

BALUN - pukul/makan/belasah

BANTEI - Bantal/pukul/belasah

BEGHOCHAT/BOCHAT - Ikan Haruan

BEKELE - Bergaduh

BONGKEH - Cungkil

BINGKEH - Bangun dengan cepat

BEBIGHAT - calar balar

BETOLO-TOLO - tak mahu pergi dulu sampai bertolak-tolak

BEGHAMBAT - Berlari



C

CHER/CER - cuba/'try'

CAKCHIBO - binatang pepatung

CENCOGHOT - Tikus berbau busuk

CENONGGEN - menconot ayam

CENANGOR - serangga yg berbau busuk selalu dijumpai berhampiran dgn lampu

CHICHO - jatuh satu2

CHUCHO - menyalakan api

CHUCHOR - siram/cucur tepung goreng

CHUAK - simbah

CHEGHIN/MENCHERGHIN - badan rasa nak demam

CHEGHOYE - Mencari

CHEKOH - pegang

CEKELAT - Gula-gula

CHAGHIT - koyak



D

DAN - Sempat

DEGHUIH - Nakal

DEDO - Panas2 sejuk



E

ENGKUH - Rupanya



F



G

GHODI/KODI - membetulkan balik/repair

GETAK - jatuh / luruh

GEGHOTOK/GEROTOK - jambatan

GETIK - menyampah

GANJEI - terkena / naya / terkejut

GHERBER/REBER - sesak, beriya, gedik, poyo

GILA SEPEREGHE - separuh gila

GEBOR - Selimut

GHEGHOBOK - Almari utk simpan lauk pauk

GENUIH - Memetik bunga

GHOPAH - dah mati

GHONJANG - Jolok

GELEGO - Alang2 rumah

GHERNIK - kecil/halus

GOMEN - Kerajaan

GEMO BEBENO - Suka sangat

GILIO - Giliran

GAMOK - Agak

GHALET - Leka



H

HAJAP - Ingin/hendak

HAMBAT - kejar

HANCHIT - Ketepi

HANTAP - badan yg sasa

HANGAT PIJOR - Panas yg keterlaluan

HEMPAH PIO - bertungkus lumus

HOGEH - goyang/goncang

HILIO - Hilir



I

INGKER - seronok sangat



J

JELEBO - Labi2

JENUH - tunggu lama sngt

JELEIPEK - dah tak lalu nak bangun

JA'AMER - mukaddam

JELAGE - Taik pelita minyak

JEGEI - Biji mata yg terbeliak

JIGHUIH - siram

JUJUIH - meleh-leleh (contoh: air mata)

JEGHELUIH - kaki termasuk dlm lubang

JOGHER - padanan yg tak kena langsung



K

KUMER/KEIMER - kita, kami

KOMER - korang

KEMIN - Kemas/smart

KALA LEIPET - Kala jengking

KAYU ROL - pembaris

KALEN/KALEH - selak/berubah

KAYO - nak ke sungai/nak pergi buang air kecil/besar

KOKAK - Gigit

KOKO - 'Chocolate'

KOTEH/KEGHOTEH - Kertas

KELAMAYOR - mata dah kecil/mengantuk sangat

KEGHOBO/KOBO - Kerbau

KUTEY - dah lama/cungkil

KULU-KEILO - jalan mundar-mandir

KHIGHAP - sesuatu yg di dlm bekas dah terbalik

KHIG'EI - susun secara beselerak

KUDAP - Benda makan

KEBOH - nak sihat dari demam



L

LABUN - cakap/bagitahu/berkata-kata

LECAH - becak/lumpur

LECHAK - main2/buat sepah di atas katil

LIMBAH - air pekat yg kotor

LIBANG-LIBU - tak senang duduk/tak tentu hala

LEGHEH/LEGHAS - cepat

LANGGAT - Susun tinggi; biasa guna pada pinggan

LUKU - ketuk di kepala

LENDUT - sesuatu yg dah terlalu berat

LEBOH - hilang

LESOH - Senyap

LEMPO - Baling

LEPO - tempat susun pinggan mangkuk di kenduri kawin

LENJUN - basah kena hujan



M

MIKER - anda, awak, kamu

MENGKEMER/MENGKOMER - awak/korang semua

MERABAN TEBEN - Tak Tentu Arah, Perbuatan yang Pening

MUNCOH - dah kaya banyak duit atau berharta

MERAMBU - joli sana sini

MENTEKEDAGHOH - makan dgn lahap

MENTECHIKER - makan

MEGHOLOH - Tidor

MENTONG - makan sampai tambah 2-3 kali

MAKEI - pakai/guna

MENGKIAK - besar sikit dari anai2 selalunya menjadi kalkatu

MEGHEDANG-GHEDANG - membuta-tuli/ikut suka

MENTELON - Seluar panjang

MELENGKO - membelit

MENEBEN MUKE - melangok kat kedai kopi

MENGERGHONYOT - berdenyut-denyut

MEMBANGO BAU - busuk baunya

MELANTUNG KOHONG - busuk sesangat

MOH - Jom

MEGHANDEI/RANDEH - menyeberang sungai dgn berjalan kaki

MEJELEIJEH - Meleleh

MUN - Kot

MEGHERBEH - Buang Air Besar/Berak

MEGHATOH - makan lauk tanpa nasi

MELEYSIO - tak sempat nak cari tmpt kencing

MUNTAH MONGGEK - Muntah hijau

MELEPEH - Kentut

METE - duduk diam tanpa bergerak

MENCICIT - lari dgn laju

MANGKO - Buah yg dah keras, tak sempat masak/tunggu lama sangat

MANTOI - tak lut

MEGHUN - berasap/bakar sampah tanpa keluarkan api



N

NGELEIWO - Terumbang ambing kekiri ke kanan [Macam ular kena palu]

NYELAP SADOR - seseorang yg seperti dirasuk

NGELE’NYOR - Mengedik atau pun ngada²/ gatal

NYOR- Buah Kelapa

NYEGHOGIN - tersenyum sorang diri

NGETIT - kena gigit serangga

NYAGHIH - mujur

NGELAT - main tipu

NGILEI - mengilai macam langsuyur

NGEISOT - bergerak sikit2 sambil duduk

NYENGKET - Mengintai

NYONGKIT - Berjalan-jalan

NGERNYI - geli geleman

NIN - Air yg jernih

NYELEBIUR - terjuih bibir

NYADIN - buat tak tau

NYENDIN - menumpang/mintak tumpang sekaki

NGENGHUWIT - benda halus yg bergerak

NGANCHOK WAK - "perkataan mencarut"

NYEGHENKEN - Kurus kering tak ada isi langsung

NGELATOK - Berdebar kerana terkejut

NYOGHOGAT - Perasaan menyampah terhadap sesuatu /sikit tak suka

NOHEN - Buat tak ambil peduli

NYEGHOLANG - terang sangat

NYEMEDANG - selalu sangat

NYENDOI - ikut belakang

NYEGHAMBEI - Terjuntai

NYAMBEI/NGUNIN - "bersenggama"

NGELIGEH - Mengigil

NGEKEK - ketawa bedekah-dekah

NGERLUIN - bucu tikar yg terlipat ke atas

NGOBOK - menangis

NGELEJAT - mengelupor (seperti terkena air panas)

NGELEIBEH - lebihan

NGELEDIN - melengkung

NGOCOH - Mengacau

NGAMBOI - timbul dari dlm air

NGEIGHEN - senget/condong

NGHUNGUT-NGHANGAT - rasa tak puas hati

O

OGHANG - orang



P

PEROK - jakun / tak pernah tengok benda

PASIO - Pasir kering

PORES - jabatan hutan

PUIH OPEH - Pejabat pos

PIO - Tulen/Asli

PENGGEI - Baling/lontar

PETIA - memang sudah direnung/ memang yakin

PAGHAP - pukul

PENGOR - bau yg terlalu busuk

PO'NGOR - Terbuka

PACAK KETO - Penyucuk sanggul di kepala

PANCHOR - mandi air pancut

PEGHONJANG APER - Entah nak buat apa

PANJUT - Pelita

PELEY'OT - Terkolap

PENANGGAH - Orang2 yg bekerja di majlis perkahwinan

PIGHEN MOLONG - Mangkuk

PENGANAN - makanan



Q



R

REBEN TEYBEN - selekeh sangat

REGIH - Penyapu lidi



S

SELUIN/SELEIWIN - selekeh, tak kemas

SIO - hendak

SEMUT GATEI - Semut Api

SEMBEI - Pasir basah

SENTEN - menarik kaki seluar ke atas

SIUT - cucuh / menyalakan

SELAIT - lampu suluh / torch light

SEPEGHOH - alas / lapik meja

SA'NGEI - tudung saji

SI-YAR* (sengorkan bunyi) - mangguk tingkat

SOMPEH -Serpih, Sumbing,ada cacat sikit.

SAMO - Merah Jambu

SOH - Sunyi sepi/ senyap

SENAWAT- Pulas/cubit

SELASOR - Pangkin

SUGHIH - berbincang mengenai salasilah keluarga

SEGHIH - mangacau nasi yg telah masak

SEGHIN - memulas telinga

SELUANG TEGHOBANG - Tupai

SEGHONOK BEBENO - Suka sangat

SELOGHO - usik-mengusik

SANTAK - masuk jauh ke depan/belakang

SENAYAN - Hari Isnin

SEMANGKA - Buah Tembikai

SEKUPANG LIMA DUIT - 15 sen

SEGHOYAT - hujan yg dah nak berhenti

SEMIYAK - Sihat/elok

SEGHOMPEH - serpihan atau sumbing

SELIMBO - selumbar

SECHOKIN - Tingal satu/semata-mata/ (dlm english-'SOLEY/SOLELY')



T

TEMAN/AWOK - aku, saya

TOBEN - Tua Bangka

TAK KU SIO - tak mahu, tak hendak

TEPENGHONGOR/TERBEGHONGEH - Terbuka luas

TAWO HEBIO/LEISYO - rasa yg sangat tawar

TUMPO - jatuh tak bergerak

TEJEGHOMBAB - Terserandung/jatuh tersembam

TABOH - pukul/belasah

TAK NGOMBEN - tak ada kesan, tak jadi apa

TOJEN - Kurus Tinggi

TEPEGHOK - Terperosok sembunyi

TETEMEH - pulih semangat

TOHOR - Tahan makan

TEGHOBANG/TOBANG - Terbang

TEGHOYAK - menangis

TENGIN - Bodoh2 bengap

TOGHEK - marah sangat

TEMBOK - Jalanraya(sebutan E tanda)/Bocor(sebutan E tanpa tanda)



U

UNTEI - buat kerja secara sikit2/tak terlawan



V



W

WEH LER - ['ungkapan tak puas hati']



X



Y

YANGAT - Minuman Panas



Z





P/S- 'AKAN DITAMBAH DARI MASA KE SEMASA'

Mekah is the World Centre..

Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?

KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke Marikh, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.

Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..

Sumeber: Mazwan Termizi, PERKESO Taiping