
Salam...
Apa yang aku nak share hari ini ialah pernyataan yang datang dari Bro Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim bin Lokman sendiri...
Siapa yang x kenal dengan komposer lagu Isabella ni? dan yang terakhir sekali jadi juri Raja Lawak... sama2 naik pentas berjoget dengan Idlan a.k.a Abang Kassim Pon POn... Semua kenal dengan telatah Bro Bob yang happy go lucky dan sentiasa ceria. Namun di sebalik apa yang dizahirkan itu, hanya beliau dan Allah saja yang tahu. Tentang peritnya menjadi seorang pemimpin, antara ucapan terawal beliau selepas ber'hijrah' beliau menyebut tentang memimpin keluarga.. terutama anak-anak beliau.
Banyak pandangan yang diberikan oleh pelbagai pihak. Ada yang menerima baik penghijrahan beliau dan ada juga sebaliknya. Sudah menjadi lumrah masyarakat kita apabila seseorang individu terutamanya artis ber'hijrah' ke jalan Allah.. mcm2 la dikutuk dek puak2 yang sudah terbiasa dengan apa yang telah kita lalui sebagai cara hidup kita selama ini. Banyak contoh dapat kita lihat, sewaktu Ogy Ahmad Daud mula menutup aurat, banyak suara2 yang membangkang, mencaci dan menghina.. akibatnya, Kak Ogy pon dah kembali ke asal cuma alhamdulillah, masih bertudung. Kutukan, hinaan dan cercaan ini seolah sengaja dibuat oleh pihak2 tertentu .. masa Amy Search diziarah oleh geng2 Ulamak pon, jadi kontroversi jugak. Seolah olah ber'hijrah' ke jalan Allah itu menjadi satu kesalahan. Tak kiralah fahaman politik pihak mana sekali pun yang diterima oleh mereka selepas mereka ber'hijrah'.. itu kan hak mereka, mereka berhak membuat pilihan mereka, tak perlu kita sangkal dan tak perlu kita caci maki mereka.
Jom la kita baca serba sedikit apa yang diluahkan oleh Bro Bob menerusi petikan pernyataan di bawah....
ALHAMDULILLAH

Mengalir airmata bila borang ahli disambut oleh DS Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah. Biar pun aku bukan sesiapa dikalangan orang PAS, tapi aku dapat merasakan kehangatan persaudaraan yg dihulurkan oleh mereka. Aku menjadi insaf dikalangan anak2 muda PAS yg rugged tapi ikhlas dalam perjuangan dan aku merasa amat malu diperhatikan oleh mereka bilamana aku merasa seperti seluruh hidup aku sebelum ini diselubungi syahwat keduniaan hingga aku merasa aku teramat tua dikalangan mereka. Terlintas juga dibenak ku, mungkin kerana anak2 muda inilah orang bijak pandai seperti Mahathir menolak PAS.
Biarlah tua, biarlah bertongkat, tapi sekarang aku tahu ALLAH maha pengampun dan penyanyang. Maka oleh kerana itu aku akan patuh kepada kehendak ALLAH dalam ayat 104 Surah Aali-Imran. PAS akan aku jadikan wadah perjuangan utk mempopularkan ALLAH kepada mereka yg belum kenal akan kekuasaanNYA. Aku jadi insaf betapa aku yg lahir dalam keluarga Islam keturunan Ulama', terabai dengan kefahaman Islam yg pernah diterapkan kedalam jiwaku. Apatah lagi mereka yg tidak pernah tahu mengenai Islam, bagaimana mereka akan merasa takut pada ALLAH. Utk itu sekali ini aku akan terus bercerita kepada sesiapa sahaja sesuatu yg membuatkan mereka bertaqwa kepada ALLAH.
Lagikan setiap ibu bapa sayangkan anak2 yg dilahirkan, inikan pula ALLAH yg menciptakan kita dan segalanya. Biar pun Iblis dan yahudi memang dilaknat oleh ALLAH, namun satu masa dahulu mereka adalah hamba ALLAH yg baik. selepas itu dengan takdir ALLAH mereka dijadikan sebagai contoh buruk kepada sesiapa yg tidak bertaqwa kepada ALLAH. Ini Kuasa ALLAH. kalau tiada keburukan kita tidak

Sudah berkali-kali PAS kalah dalam pilihanraya. Memang susah nak menang kerana ini bukan perang Badar dimana Malaikat juga turun berperang dengan perintah ALLAH. Janganlah mengharapkan Malaikat turun beratur dipusat2 mengundi yg diadakan oleh suruhan jaya pilihan raya y

Dan kali ini aku bersedia utk berjuang dengan PAS, dan aku bersedia untuk kalah setelah menjalankan segala syarat2 perjuangan.
Menerusi pernyataan beliau, kita semua tahu yang beliau join Parti Islam Se-Malaysia PAS, salah kah beliau kerana memilih PAS? takde kesalahan kan? dan salahkah korang kerana memilih BN ? juga tak salah. Kita semua diberi pilihan. Jadi, kita pilih jalan yang kita rasakan

Tepuk dada, tanya Iman....
InsyaAllah.
biasa la orang melayu yang dengki . suka menjatuhkan bangsanya sendiri . nak berhijrah pon jadi isu . tak boleh tgk buat orang buat baik . buat jahat salah, buat baik salah . duniadunia
ReplyDeleteassalamualaikum... seperti kebiasaan orng melayu yang jahil pasti akan mempertahankanya.. seperti keluaran utusan mingguan minggu lepas ramai artis yang membidas kembali bob lokman.. adalah amat dukacita sekali apabila jalan kebaikan yang diseru sipandang remeh dan hina oleh sesetengah artis tempatan kita walhal ianya adalah satu kerugian yang amat besar seklai diantara kalangan artis2 yang masih cintakan duniawi,, apapun syabas diucapkankan kepada bob kerana berani menegur akan kesilapan2 yang telah pun berlalu.... wassalam..
ReplyDeleteSy suka saudara abg Bob ni.. ^_^
ReplyDelete