Tuesday, October 6, 2009

Petikan Berita Harian M/S Sentral 7, 6 Oktober 2009

40 PENGHUNI RAKB, 18 PELAJAR UUM BERI GALAKAN

Kuala Lumpur: Bagi 40 penghuni Rumah Amal Kasih Bestari(RAKB), sambutan Syawal mereka bersama 18 pelajar Pentadbiran Awam. Universiti Utara Malaysia(UUM) dalam Program Amal Kasih Bestari, baru-baru ini membawa 1,001 kenangan manis.
Bukan setakat dibawa berkonvoi menaiki 20 kereta, penghuni RAKB turut diarak dengan paluan kompang, di samping disajikan persembahan silap mata dan ceramah bertajuk Motivasi Minda dalam program anjuran bersama dengan Kelab Nismo dan sebuah stesen radio internet, KitaFM.
Suwaibah Abd Haris,15, yang juga salah seorang calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) menganggap penganjuran acara itu sebagai lebih daripada sekadar meraikan beliau dan temannya.
" Kami memang sering diraikan, tapi apa yang membuatkan majlis ini lebih bermakna ialah apabila penganjur turut menyelitkan program motivasi. Saya sendiri akan menghadapi peperiksaan besar tidak lama lagi dan ia sedikit sebanyak membantu saya untuk lebih bersedia."katanya yang mensasarkan 9A dalam peperiksaan itu.
Sementara itu, Pengetua rumah amal berkenaan, Hamzah Busu berterima kasih atas pemilihan RAKB untuk turut serta dalam Program Amal Kasih Bestari itu.
"RAKB dibuka sejak 2007 dan sehingga kini seramai 40 kanak-kanak terdiri daripada anak yatim dan fakir miskin berumur antara empat hingga 17 tahunditerima menetap disini.
"Selain majlis rumah terbuka dan program motivasi yang amat bermanfaat dalam merangsang minda penghuni RAKB, saya juga berterima kasih kerana penganjur bermurah hati memberi barangan elektrik berupa sebuah mesin basuh yang sememangnya sangat diperlukan."katanya.
Sementara itu, Pengarah Program berkenaan, Ahmad Termizi Mohaiyiddin, berkata selain memenuhi keperluan kursus, program berkenaan diadakan bagi membolehkan beliau dan rakannya membantu rumah amal terpilih.
" Apa yang lebih penting, kami tidak mahu sekadar menjadikan ia acara satu hari dan disebabkan itu, sejak Ogos lalu kutipan amal dimulakan dengan kerjasama Nismo Club dan KitaFM dan ia akan diserahkan kepada pengetua rumah berkenaa.
"Walaupun jumlahnya tidak begitu banyak tapi saya berharap ia akan dapat meringankan beban semua adik ini, di samping membri kegembiraan buat mereka di hari lebaran ini." katanya yang memaklumkan penghuni RAKB akan turut menerima sumbangan makanan, hamper serta duit raya.

No comments:

Post a Comment