Thursday, November 10, 2011

Anda Kenal Band O-two ? Jom kenali O-two

Disebalik O-Two adalah sebuah kugiran muzik Malaya yang dianggotai oleh 3 orang pemuzik muda yang telah mula bergiat secara serius dari tahun 2008.O-Two juga berpengalaman bekerja secara indiependent menerbitkan beberapa buah album secara underground dari sekitar tahun 2000 hingga kini. Disebabkan mempunyai pengalaman dari segi penerbitan album serta mencipta lagu mereka sebulat suara ingin menghasilkan album penuh dan kini mereka mula dikenali oleh
peminat muzik tanahair. Kini album mereka telah mula berada dipasaran bermula Jun 2010. Lagu mereka juga kini mula berkumandang di corong-corong radio.

Identiti O-Two juga mempunyai identiti hala tuju tersendiri yang mampu membuat pendengar merasakan keunikan asli muzik mereka.O-Two telah mencipta puluhan lagu semenjak mereka begitu serius tentang bunyi, penulisan dan susunan lagu. O-Two juga mempunyai kelebihan tersendiri ketika membuat persembahan secara live dan amat peka dengan segala aspek ketika di pentas. Mereka adalah sebuah kumpulan yang tidak mahu ditelan zaman, dan kini telah terbukti bahawa band-band yang kini bebas berkarya telah berjaya mendapat tempat di hati pendengar.

Muzik O-Two
Dari segi teknikal mencipta lagu, O-Two mempunyai pemikiran yang jauh dan sentiasa memperbanyakkan ilmu muzik supaya muzik mereka sentiasa lain dari band-band yang sedia ada. Mereka juga mahu hasil karya mereka setanding dengan kumpulan muzik dari negara luar. Walaubagaimana pun, O-Two tetap memperjuangkan bahasa ibunda kerana mahu bahasa Melayu diperjuangkan. Pada asasnya O-Two hanyalah sebuah band Alternative Rock tetapi telah berjaya memberi adunan baru supaya kelainan itu sentiasa menjadi kunci utama.Secara tidak langsung muzik O-Two banyak dipengaruhi oleh band-band dari Thailand terutama dari segi teknikal muzik dah gaya rakaman mereka, Walaubagaimanapun ia cuma sebagai contoh terdekat hala tuju muzik O-Two, ia adalah seperti salah satu aspek atau subjek muzik yang mereka kaji.

ALBUM PERTAMA O-TWO
Setelah hampir tiga tahun mengumpul idea kini, O-Two melahirkan album pertama yang berjudul EVOLUSI. Setelah membuat pemilihan lagu dengan teliti, sepuluh buah lagu telah dipilih untuk dimuatkan didalam album sulong ini. Sebuah album yang amat berbeza dari segolongan kugiran di Malaysia dengan mempunyai beberapa konsep muzik yang belum pernah di dengar dari semua kugiran muzik di Asia. Album ini juga telah dihasilkan sendiri oleh O-Two sepenuhnya termasuk dari segi pemilihan bunyi tertentu dan telah menelan kos yang agak tinggi untuk menghasilkan identiti bunyi yang diingini.Setiap hasil karya mempunyai nilai pemikiran, penulisan dan perjalanan yang amat berbeza dari lagu-lagu dalam pasaran tempatan.

O-Two juga telah menggunakan khidmat pemuzik tambahan profesional untuk menghasilkan beberapa bunyi yang amat unik dengan menggunakan alatan muzik yang amat jarang sekali digunakan di dalam album sebegini. Walaubagaimanapun setiap bunyian digital didalam album ini adalah hasil idea kreatif Alan sebagai peneraju utama . Hanya 15 peratus menggunakan alat bunyian mesin digital.

Kini, sebuah album yang penuh kelainan, asli dan juga unik serta diwar-warkan sebagai sesuatu yang dinanti-nantikan oleh peminat muzik telah siap sepenuhnya. Sesuatu yang amat berbeza, dan kesinambungan episod cerita muzik yang pasti menggegarkan senario muzik tempatan. Hanya peluang dan sokongan dari pihak tertentu yang boleh membantu memastikan album ini mendapat tempat di persada muzik tanahair. Moga maju terus industri muzik Malaya..

Diterbitkan oleh : O-Two Global Music (M)
Dipasarkan Secara Rasmi Jun 2010
O-Two Sebagai Duta Permainan Online :

Kini O-Two adalah band pertama di Malaysia yang telah dijadikan DUTA permainan ( GAME ) online “ JIN ONLINE “.

Mini album itu dipasarkan didalam bentuk DVD yang juga mempunyai instalasi JINONLINE berserta dengan 5 buah karya terbaru mereka secara PERCUMA.

Sebanyak 25 000 unit telah berada dipasaran seluruh negara. Mereka yang inginkan mini album O-two hanya perlu sms, segalanya percuma tanpa perlu membayar apa-apa kos sampingan.

Pada Julai 2009 “ Music Video “ “ Mr Koma “ telah mula ditayangkan secara rasmi .

Klip tersebut dihasilkan dalam bentuk “ANIMASI” . Ia juga menelan kos yang amat tinggi.

Pada Julai 2009 O-two telah membuat hari pelancaran “Music Video” mereka bersama dengan mini showcase secara live. Ia juga diberikan secara percuma pada peminat yang membeli album pertama O-Two Evolusi yang kini berada dipasaran.


MINI ALBUM UTUSAN RASMI :

Mini Album – April 2009 ( Duta JinOnline ) Album mini menjadi pengenalan muzik mereka pada dunia alam maya . Diberi secara percuma sebanyak 25 000 unit seluruh negara.

Mengandungi 5 buah single didalam format Mp3 .

Karektor O-Two di alam maya – ( telah dijadikan watak maya didalam permainan online tersebut )
Karektor telah dicipta khas dari China

O-Two juga turut menjayakan MTV WORLD STAGE tour di Malaysia untuk dua tahun berturut-turut.

O-Two adalah antara 3 band yang telah berjaya menjual CALL ME TONE CELCOM tertinggi selama dua tahun berturut-turut untuk dipilih sebagai kugiran rasmi membuat persembahan showcase di MTV WORLD STAGE yang pertama dan kedua di Malaysia.

Pencapaian O-Two 2009/2010:
1.Telah memecah record dengan memberi mini album berjudul “ UTUSAN RASMI” sebanyak 25 000 unit secara percuma.
2.O-Two adalah antara 3 band yang telah berjaya menjual CALL ME TONE CELCOM tertinggi dan telah dipilih untuk membuat persembahan di MTV WORLD STAGE 2 tahun berturut- turut .
3.Telah dijemput untuk membuat persembahan Celcom Open House-AXIATA Group di KL Convention Centre pada 1 Oktober 2009.
4.Telah menjayakan KONSERT GUNDU STAGE TO FAME yang telah diadakan di KL LIVE pada 5hb Desember 2009.
5.Single O-Two Mr Koma serta Music Video telah dicalonkan ke VIMA AWARDS ( VOIZE INDIEPENDENT AWARDS 2010 untuk Best Rock Song “ MR KOMA “ dan Best Mind Blowing Music Video “ MR KOMA”
6.O-Two juga telah dipilih untuk menjayakan penutup KONSERT PESTA PULAU PINANG pada 31 Disember 2009.
7.O-Two juga telah menjadi “COVER STORY” majalah muzik baru iaitu B.E.A.T.S yang bakal berada dipasaran 2011.
8.O-Two meraih AWARD pertama di VOIZE INDIPENDENT AWARD 2010 “ VIMA “ UNTUK BEST MIND BLOWING MUSIC VIDEO 2010.
9.Single O-Two berjudul BIDADARI DARI SYURGA telah dipilih untuk ke percalonan Muzik - Muzik 25 2010
10.Album pertama O-Two berjudul EVOLUSI telah berada dipasaran Jun 2010.
11.Menjadi juara carta muzik indie di Suria Fm 2009.
12.Berjaya mempertahankan single kedua Bidadari Dari Syurga di Carta Hot Fm Kita Punya 2010.
13.Telah menjayakan sebagai hos rancangan Xpresi Kembara RTM 2010.
14.Mendapat undian tertinggi peminat untuk menjadi band pilihan majalah JUNK dan telah dipilih untuk membuat persembahan di Urbanscapes 2009.
15.Menjelajah bersama HUJAN Mencari Konklusi Tour di Utara.
16.Telah berjaya mempertahankan single Mr Koma dibeberapa carta laman web indie di Malaysia 2009/2010.
17.O-Two juga telag menjadi Top 5 dan melayakkan diri ke peringkat Final Twisties Bingit 2010.
18.Single terbaru O-Two “ Aisha “ telah berjaya menduduki carta Hot Fm selama 3 bulan – 2011 -

O-Two ( EVOLUSI 2010 )
Dipasaran ( Jun 2010 )
Watak Utama O-Two:
ALAN - Guitar / Vocal
ANEP - Drum
Watak Jemputan :
Bass
Keyboards / Synth
Dj / Turn Table

OTWO GLOBAL MUSIC ( M )

En Azizul ( Joe )
Hal Ehwal Urusan Rasmi
012-693 7140

En Haniff Khan
Pembantu Am Rendah Rasmi
012-531 1171

Surat Digital : royalotwo@gmail.com
Laman Maya Rasmi :
www.facebook.com/otwoband
www.otwoband.com

Semenjak hampir sedekat O-Two telah menimba pengalaman menerbitkan album secara tidak rasmi. Kini dengan membekalkan pengalaman terlahirnya O-Two. Pastikan anda merasai gegaran kuasa antara muzik dan permainan online. Dan ini adalah kumpulan muzik pertama Malaysia yang telah dijadikan IKON permainan online. Kumpulan muzik pertama di Malaysia yang mempunyai watak maya yang mampu berkomunikasi dengan pemain didalam permainan online sepertimana pemain bola sepak dunia. Ini adalah satu permulaan yang tiada hentinya .. Evolusi Muzik O-Two kini bermula.. hayati al-kisah cerita muzik khayalan alam maya pertama di Malaysia..
Kini www.facebook.com/otwoband , www.otwoband.com telah dikunjungi ribuan pengunjung yang menjadi pendengar utama O-Two . Hampir 100 000 kali statistic pendengar hanya selama 3 bulan single O-Two di pra dengarkan di Myspace. Pastikan anda juga adalah diantara mereka …

No comments:

Post a Comment