Saturday, March 13, 2010

Gay, Lesbian, Pengkid, Pondan !!!

Waaa...semacam je tajuk kali ni.. cuma nak kongsi-kongsi pengalaman dengan para pendengar je.
Dalam dunia ni seperti kita tahu..semua ni memang wujud dan sebenarnya tanpa kita sedar atau dalam kesedaran kita, benda ni dah banyak sgt kat Malaysia, apatah lagi, masyarakat masakini yg kononnya berfikiran terbuka dah mula meng'establish' org2 mcm ni. Sebab tu ade org2 berpangkat atau terkenal dengan selamba mengaku dirinya gay, lesbian, Pengkid, dan Pondan. Atau setidak tidak nya secara terang terangan menunjukkan imej seumpamanya di khalayak masyarakat.
Di sini saya nak kongsi sket tentang apa yg pernah di lalui bersama pondan dan pengkid.
Pondan ni, seorang lelaki yang sepatutnya lebih cenderung untuk meminati wanita, tetpi ye la..bila dah namanya pondan, sudah tentu kecenderungannya songsang. Mereka ni kreatif mungkis sebab dua-dua jantina punye kekreatifan ada dalam diri mereka. Jadi, otaknya lebih bijak la..dah combine kan. Cuma ada satu sikap negatif la...pondan ni bijak untuk menipu dan memperdayakan org lain. Satu sikap positif ialah mereka ni tidak akan cepat berputus asa selagi x mencapai kemahuan mereka(kan baik kalau digunakan untuk benda2 yang baik). Ini tidak, mereka akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai hasrat yang tak baik. Misalannya, menjatuhkan org lain, demi emnaikkan diri sendiri. Macam politik pulak. Hurmm....
Lagi satu pengkid. Kalau kita jumpa pengkid kat khalayak ramai, sudah pastinya awek2 yang mereka bawak tu cun cun. pelik tul aku, nape la awek yg cun mcm tu, ada body mantop, muka licin, tapi songsang. Boleh pulak mencintai si pengkid sepenuh hati. kesian aku tgk. dan ade jugak yang tinggal serumah dan hidup seumpama suami isteri. Wew, ade yg penah aku jumpe, dah lebih 10 tahun hidup sebagai suami isteri, anak-anak pon dah besar (anak angkat le!!!). Dan satu yang aku pasti, pengkid ni sebenarnya lebih ganas atau lebih teruk berbanding lelaki. Pengkid ni boleh dikatakan 'posser' lelaki. 'man wannabe' . sudah pastinya tidak sama langsung dengan lelaki sebenar, mereka lebih ganas, lebih beremosi, lebih 'player' berbanding lelaki. Kalau bab gaduh, mereka ni la yang cepat nak debik org. Kalau lelaki yang sejati, xde nye main terus hentam kromo, lelaki sebenar akan teliti dan analisa lawannya, pikir dulu, mampu atau x nak lawan. Kalau dah panas sgt, lelaki akan terus lawan jugak kalau tahu diri akan kalah, asal puas hati. Hehe, tapi dah pk sebelum lawan. Si pengkid ni pulak, main terjah aje. Terjah dengan emosi. Kaganasan dalam 'rumahtangga' antara pengkid dan wanita pulak, lebih teruk daripada keganasan rumahtangga antara lelaki dan wanita. Tak dinafikan ade segelintir lelaki yg kaki pukul isteri, tapi 'almost' pengkid adalah kaki pukul 'isteri'.
Hurmm, apa yg saya kongsi kat sini hanya lah apa yg pernah dilalui, dilihat dan diselami. Ini juga hanyalah pandangan peribadi saya untuk dikongsi dengan anda. Rasa mcm sikit je aku kongsi nih, xpe..nanti ade masa aku tulis panjang sket dan aku rasa nak kaji lebih dalam lagi untuk kita sama-sama kongsi.
Kepada wanita-wanita di luar sana, janganlah menyongsang kan diri anda. Ingat lah akan fitrah kejadian manusia , Hawa (wanita) diciptakan dari rusuk Adam (lelaki). Wanita adalah pelengkap hidup lelaki. Dan lelaki adalah pelindung wanita.
Salam.

Penulis,
[kOtAkPeNsL]

No comments:

Post a Comment