Sunday, May 22, 2011

BERAPAKAH HARGA SEBUAH CINTA? BILA ISTERI SANGGUP JUAL SUAMI????

Salam...

Sekarang jam 5.29 pagi 23 May 2011... mata aku tak dapat nak lelap...
Memang ada rasa nak buat entri pasal filem Malaysia yang kurang penerokaan dan kurang 'research' selepas aku menonton Niyang Rapik kat Astro Prima tadi, tapi aku dah ubah pikiran selepas aku menonton filem Cun sebelum aku tulis entri ni.

Ekceli, bukan satu hal je aku nk cerita.. tapi ade dua2 kot.. yang baik ada dan yang x baik pon ada.. sbb aku nk relate kan CUN dengan filem SUAMIKU SUAMIMU JUA yang aku tonton semalam.

Semalam aku tonton SUAMIKU SUAMIMU JUA kat ASTRO jgk la.. lupa lak cenel mana... Kisahnya tentangs eorang isteri yang terlalu inginkan kemewahan dalam hidup dan kalau dah namanya isteri, pastinya beliau adalah seorang wanita/perempuan kan.. xkan LELAKI pulak jadi isteri.

Si suami merupakan seorang yg sangat amanah dan jujur dalam kehidupan serta menyayangi dan menyintai si isteri dengan sepenuh hati. Beliau langsung tak marah walaupun isteri buat banyak kesalahan(termasuk guna duit untuk bayar sewa rumah utk shopping) Isteri dia ni, punya la nk hidup mcm orang kaya, dan sangat mementingkan kepuasan nafsu dia yang x abih2 nak berlagak mcm orang kaya walaupon hidup diorang hanya sederhana saja. Panjang kalau nk buat sinopsis... elok korang aje tonton sendiri. AKu nk amik part di mana si isteri sanggup men'jual'kan suami nya dengan harga RM1 juta. Waaa... nilai cinta si isteri pada suaminya yang sgt setia dan sanggup bergadai kerana beliau hanyalah RM1 juta???? masa ni aku terpikir.. "erm, pompuan mcm tu la..x pernah nak hargai CINTA.. hinggakan boleh ada harga(dalam RM) bagi CINTA. Si isteri menyuruh suami kahwin dengan pompuan kaya demi wang 1 juta tuwalaupun si suami enggan, si suami hanya bersetuju bila isterinya sakit sebab permintaan tu tak ditunaikan. Nampak tak kat sini.. suami setuju bukan kerana nak akwen lagi satu, tp masih lagi kerana CINTA nya pada si isteri.. demi kebahagiaan isteri yang tercinta. .. korang tengoks endiri ye kalau nak tahu.. cuma pada aku... dlm filem ni, terserlah ke'materialisk'an seorang wania/perempuan.

Berbanding dengan filem CUN, kisahnya seorang wanita yang sanggup meninggalkan kejayaan beliau demi seorang lelaki(aku nak la cinta mcm ni.. ada ke??) Filem CUN ni dulu aku rasa mcm filem bodo ja... tp tu la orag dah kata .. DOnt judge a book by its cover kan (degil sangat aku ni). OK.. dalam filem ni bukan sahaja kesah pasal cinta sejati, pengorbanan demi kasih sayang.. tapi punyai nilai2 kekeluargaan yang sangat menyentuh hati(siyes beb.. beberapa kali airmata gua menitis.. hilang macho sat) Cuma dalam hati aku masih terdetik.. aku sangat mahukan cinta yang sebegini.. adakah masih wujud cinta sebegini?? Sebab hari ni... selama pengalaman aku sendiri bercinta, wanita ni suka bila lelaki menggembirakan dia, bersenang senang bersama... hepi ja... tapi bila laki dalam keadaan marah, ditambahkan lagi kemarahan tu.. ada la... atau pon terus biarkan camtu aje... seolah-olah.. cinta tu masa baik2 dan masa yang x baik.. dah x cinta.. :( benda ni paling menyedihkan aku... tapi dalam filem cun ni... laki (Remy Ishak atau Atan ) adalah seorang yang panas baran, tapi cepat sejuk(itu sifat xbaik), disebaliknya beliau seorang yang penyayang dan romantis (itu sifat baik) erm... lebih kurang mcm sifat aku la tu... yang bestnya.. wanita (Maya Karin atau Luna Latisya) yang syg kat dia tu.. tetap menunjukkan kasih syg walaupun masa Atan marah... dia dtg dengan lembut memujuk Atan, wow.. aku teringin sgt nk keadaan tu. Dan pada aku.. keadaan mcm ni hanya akan berlaku seandainya CINTA yang wujud itu tiada berSEBAB. CINTA seadanya ia, walau wangi atau busuk sekalipun.. tetap CINTA. Keluarga pulak? tak abih2 memberi sokongan dan sgt wow... bila hubungan erat sesama keluarga yang dipaparkan memberi impak yang baik kepada penonton. AKu nangeh beb tengok cita ni... sangat menyentuh hati... Heheheh

Aku nak tnya balik kat korang.... yang cerita pertama td tu, memang banyak aku jumpa... dan memang berleluasa pada zaman la ni... tp yang kedua ni.. mana nak cari ea? masih adakah lagi cinta sejati? kalau ada.. bak mai satu.. HIHIHIHIHI

2 comments:

  1. semua org kalau di beri pilihan nak hidup yang kaya raya.. tp sampai nak jual suami & berkongsi suami mungkin tidak bagi saya. takpe la susah sikit asalkan suami setia.. Tak kaya pun takpe janji selesa.Tak boleh bayangkan hidup berkongsi suami sebab memang di hati ni tak pernah merelakannya. RM1 juta bkn nilai cinta yg blh di beli..

    ReplyDelete
  2. Andai ikhlas berkongsi kasih.. Allah janji kan payung emas di syurga, namun andainya berkongsi kasih demi kewangan.. Ermm.. tah le.. tak tau le nak menjawabnye

    ReplyDelete