Monday, October 5, 2009

PROGRAM AMAL KASIH BESTARI:BERSAMAMU PERMATA HATI

Ingin dimaklumkan bahawa satu Program Khidmat Masyarakat bersama anak-anak Yatim Rumah Amal Bestari, Subang Permai akan diadakan pada 4 Oktober 2009. Program ini adalah anjuran Pelajar-pelajar semester 2 PACE UUM Cawangan Kuala Lumpur dimana KitaFM merupakan radio rasmi untuk program tersebut.
Bagi menjayakan program ini, pihak kami memerlukan sumbangan dana daripada anda sama ada berbentuk wang ringgit atau barangan dapur atau pakaian.
Untuk menjayakan program ini juga, kami mencari sponsor untuk menyediakan seticker dan banner program.
Kepada individu yang ingin terlibat sama dalam program tersebut atau memberi sebarang sumbangan dalam apa jua bentuk, sila emelkan maklumat anda ke djkitafm@gmail.com . Sila berikan butiran diri anda supaya pihak kami dapat menghubungi anda atau anda juga boleh menghubungi En Shaharul Bahri Ariffin di talian 017-5646041. Sebarang sumbangan kewangan melalui 'cek' sila tulis 'cek' atas nama 'KL PACE MANAGEMENT' , no akaun Maybank '556093218275' .

No comments:

Post a Comment