Monday, October 5, 2009

PROGRAM AMAL KASIH BESTARI:BERSAMAMU PERMATA HATI

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,

Pertama sekali dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T dan selawat ke atas Nabi Junjungan Muhammad S.A.W.

Alhamdulillah, program yang telah lebih kurang 3 bulan dirancang dan telah dilaksanakan sedikit demi sedikit kutipan dana dan sumbangan telah berjaya berakhir dengan hari kemuncaknya iaitu pada 4 Oktober 2009 bertempat di Dewan Makan & Dewan Baiduri Kolej Multimedia (Pusat Latihan TM), Jalan Gurney Kiri, Kuala Lumpur.

Program Anjuran PACE UUM KL dengan Kerjasama Nismoclub Malaysia dan KitaFM itu telah berlangsung dengan lancar dan jayanya.

Banyak dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh penganjur, di antaranya VIP Cancel kehadiran, motivator cancel dan Kelab Kilat TNB xdapat sediakan dewan last minute. Namun oleh kerana kerjasama yang amat kukuh dan mantap di antara pihak penganjur utama dan penganjur bersama, Presiden Nismoclub telah menghulurkan bantuan di saat saat genting (waktu telur dah kat hujung tanduk kerbau) dengan menawarkan Dewan Kafeteria dan Dewan Baiduri Kolej Multimedia & Pengurus KitaFM pula dapat mencari motivator gantian dengan bantuan seorang rakan beliau iaitu En Nazri dari One Step Management (sebuah syarikat perunding latihan). Wow!! tentulah penganjur sangat-sangat bersyukur dengan tawaran tersebut.

Akhirnya kemuncak acara yang telah dimulakan dengan kutipan amal berlangsung dengan begitu lancar. apa yang paling penting ialah kegembiraan yang terpancar di wajah anak-anak Rumah Amal Kasih Bestari yang terpancar pada wajah mereka semasa acara berlangsung

Acara dimulakan dengan konvoi membawa anak-anak Rumah Amal Kasih Bestari dengan kereta-kereta Nissan milik ahli Nismoclub dari rumah menuju ke Kolej Multimedia. Setibanya mereka disambut dengan paluan kompang. Selepas minum pagi, mereka diberikan motivasi oleh motivator En Mohd Ashraf Che Amat, dengan tajuk "Motivasi Minda". Motivator yang amat membuatkan keteruajaan dikalangan kanak-kanak ini dengan ceramah yang tidak membosankan. Tahnah tuan motivator. Kemudian anak-anak ini dihiburkan lagi dengan pertujukan 'magic' oleh magician Hafidz Osman. Acara yang paling menghiburkan hati kanak-kanak ini sudah pastinya acara bersalaman dan menerima duti raya. Empat (4) sampul diterima oleh setiap anak, daripada sumbangan Pelajar-pelajar PACE UUM KL, Nismoclub, KitaFM dan penyumbang peribadi Bro Remy.

Acara ini sudah tentunya meriah dan kemeriahan dapat dilihat jelas melalui gambar2 yang dirakamkan semasa hari kejadian.Tatapilah gambar-gambar yang dimuatnaik untuk tatapan anda semua.

No comments:

Post a Comment