Thursday, July 14, 2011

SIFAT MAHMUDAH VS SIFAT MAZMUMAH

MAHMUDAH

MAZMUMAH

PEMAAF

PENDENDAM

Allah berfiman yang bermaksud :

“ Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta perpalinglah daripada orang yang bodoh.”

(Surah al-A’raf 7:199)

Lihatlah teladan pembukaan Kota Makkah (Fathu Makkah) yang amat masyhur dalam sirah. Rasulullah S.A.W. dengan ringan hati memaafkan penduduk Makkah yang pernah menentang Baginda dengan begitu hebat.

Allah juga berfirman yng bermaksud:

“Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Surah Al-Baqarah 2:263)

Ingin jadi mulia? Amalkan memberi maaf sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Tidak akan berkurang sedekah akan harta, tidak akan bertambah atas seorang hamba dengan sebab memberi kemaafan melainkan bertambah kemuliaan dan tidak akan tawaduk seseorang terhadap Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.”

(Riwayat Muslim no. 2588)

Memohon maaf tidak sepatutnya bermusim, malah ia perlu menjadi tradisi harian seorang Muslim.

Taburkan maafmu pada setiap malam saat sebelum mata terlelap buat siapa jua walaupun mereka tidak pernah memohon maaf daripada mu.

Dendam biasanya berpunca daripada kemarahan dan kekecewaan. Dendam lazimnya berkait dengan masa silam yang menyebabkan manusia tega mencipta kebinasaan buat saudaranya atau menghalang saudaranya daripada beroleh kebaikan. Inilah perasaan atau keinginan untuk membalas perbuatan jahat seseorang.

Bunuhlah dendam yang bersarang dalam jiwa dengan langkah-langkah berikut :

1. Sucikan hati dengan solat taubat dan istighfar.

2. Maafkan semua orang sebelum tidur

3. Lupakan segala duka atau kisah silam yang menyebabkan dendam marak.

4. Bersahabat dengan orang soleh. Elakkan bersahabat dengan batu api yang tidak pernah kenal putus asa menyemarakkan sengketa sesama insan.

5. Setiap manusia tidak terlepas dari berbuat silap.

6. Percaylah jika kita dianiaya dan tidask mendapat pembelaan di dunia, maka haraplah pembalasan Allah di akhirat sana yang lebih adil tanpa perlu berdendam kepada sesiapa.

Akhir kata, ingatlah bahawa memaafkan ialah dendam yang terindah. Dan jadilah ibarat pohon epal yang tetap menjatuhkan buahnya yang manis walaupn dilemparkan batu.

Petikan dari majalah SOLUSI ISU#26

2 comments:

  1. kemaafan itu dendam yang terindah.. cewah! cedok lirik lagu bleh la bermadah kan?? kekekekeke

    ReplyDelete
  2. mmm..cube muhasabah diri kembali.sesungguhnya manusie tidak sempurna. tetapi jgnlah menjadikan ketidaksempurnaan bagi menambah kelemahan diri.muhasabahhh diri.selamat beramal!

    ReplyDelete