ARTIS I-L

------------------------------------------------------------------------------------------------------
A-D | E-H | I-L | M-O | P-S | T-W | X-Z
------------------------------------------------------------------------------------------------------

IQA


Dilahirkan di Johor Bahru dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Mempunyai kelulusan dalam Pengurusan Pentadbiran. Suka bermain gitar dan bass and juga meminati bidang lakonan. Pernah mengadakan beberapa persembahan gig.

Baru saja membina tapak menerusi pertandingan Mentor 5 dan seterusnya mengeluarkan single pertama berjudul Di Penghujungnya, Iqa sudah bersedia untuk mengharungi liku-liku hidup seorang penyanyi. Sentiasa memegang pelbagai kata-kata nasihat mentornya, Edry Abdul Halim, Iqa perlahan-lahan membina ‘jambatan’ kerjayanya.

“Malah nasihat Edry sering menjadi ingatan saya setiap kali saya melakukan sesuatu berkaitan dengan kerjaya seni. Dia pernah memberitahu seseorang itu tidak boleh memuaskan hati semua pihak.

“Walau bagaimanapun, jika ada perkara buruk terjadi, saya tak boleh nak elak juga bukan? Jadi saya perlu bersedia dari segi mental dan fizikal dengan segala kemungkinan yang akan berlaku pada masa akan datang,” tuturnya.

Menjadikan penyanyi Faizal Tahir, Ella dan Datuk Siti Nurhaliza sebagai idola, Iqa mahu mencontohi karisma yang dimiliki oleh ketiga-tiga penyanyi tersebut. Cuma, dek kerana masih lagi baru dalam industri, Iqa mengakui dia masih mempunyai perasaan takut untuk bersaing dengan penyanyi-penyanyi yang sedia ada.

Selain itu, sejak dikenali juga, Iqa turut mengubah imejnya yang sebelum ini rock kepada gaya yang lebih feminin. Kata anak kelahiran Ulu Tiram, Johor ini, imej rock digunakan kerana dia merupakan vokalis dan pemain gitar bass dalam kumpulan Bottlecapt yang ditubuhkan sejak tahun 2004. Bagaimanapun, sesuai dengan usianya yang kini 25 tahun itu, dia selesa dengan imej feminin, sesuai dengan muzik pop yang dibawanya.


------------------------------------------------------------------------------------------------------

JACLYN VICTOR


Jaclyn Joshua Thanaraj Victor (lahir 4 Disember 1978) ialah seorang penyanyi dan pelakon Malaysia yang menjulang namanya melalui kejuaraan Malaysian Idol musim pertama pada tahun 2004. Beliau dikenali dengan suaranya yang lunak dan bakat menyanyi yang dianggap mantap, bersemangat dan mengagumkan.








------------------------------------------------------------------------------------------------------

JAMAL ABDILAH


Jamal Abdillah (atau nama sebenar Jamal Ubaidillah bin Haji Ali) dilahirkan pada 7 Mei 1959 di Ipoh, Perak. Beliau merupakan Juara Bintang RTM 1979 dan lebih dikenali sebagai Raja Pop Malaysia. Kerjaya beliau sebagai seorang penyanyi & pelakon bermula pada tahun 1984 hinggalah sekarang.






------------------------------------------------------------------------------------------------------

JINBARA

Jinbara (duhulunya dikenali sebagai Tropika) merupakan kugiran rock yang berasal dari Malaysia. Ia mempunyai anggota seramai 5 orang yang kesemuanya adalah lelaki.


Jinbara membuat kemunculan pertama mereka menerusi album pertama mereka yang dikeluarkan pada tahun 2001 dengan judul Pui-Aiya-Hoi. Dua tahun berikutnya, iaitu pada tahun 2003, mereka keluar lagi dengan album kedua, Shing Kuang dan diikuti oleh album Suatu Evolusi pada tahun 2005. Suatu Evolusi adalah kali terakhir penyanyi asal mereka, Yabang berada di dalam kugiran ini sebelum digantikan oleh Tiar.


Album Patah Pusing (2007) oleh Jinbara edaran Warner Music mengukuhkan lagi nama Jinbara di ingatan khalayak kerana single pertama mereka, Farhana "(Puteri Bumi Kenyalang)" yang pada ketika itu kerap diputarkan di radio.


Album Patah Pusing memuatkan lagu "Resah", "Farhana (Puteri Bumi Kenyalang)", "Patah Pusing", "Nilai Cinta", "Jerangkung Bernyawa" dan banyak lagi. Ia diterbitkan oleh Andi Rahman dengan Jinbara sendiri selaku penolong penerbit, album ini menjadikan persembahan pada setiap karya begitu bersahaja dan menambat jiwa. Bermula dengan lagu Farhana yang berada di trek pertama ke lagu Resah karya penuh Andi Rahman yang begitu emosi, Patah Pusing sedikit garang dalam gaya Jinbara. Sementara Cinta Semalam punya kekuatan tersendiri. Melodi dan susunan muzik karya penuh Yob ini segar, terutama pada permulaan lagu. Dan apabila masuk ke korus, vokal Tiar begitu menangkap perhatian.



------------------------------------------------------------------------------------------------------

KAER


Wan Mohammad Khair Wan Azami atau dikenali sebagai Kaer (lahir 30 Ogos 1985) berasal dari Petaling Jaya, Selangor. Mula dikenali namanya di dalam Akademi Fantasia Musim 2 apabila melangkah ke Finalis AF dan diundi tempat ke-6. Lagu-lagunya yang hit ialah Izinku Pergi, Menjelma dan Bukan Kasihku









------------------------------------------------------------------------------------------------------

KLANGIT


Klangit merupakan sebuah Pop rock band yang telah 5 tahun bertapak di dalam industri muzik tanah air. Namun baru kini nama mereka mula dikenali dan sering diperkatakan ramai. Semuanya kerana lagu berhantu mereka SESAL MENDUA. Malah ramai yang menggangap mereka adalah band dari negara seberang. ‘Kami dari Malaysia dan warganegara Malaysia’, kata mereka ketika membuat persembahan pentas bagi mengubah persepsi masyarakat terhadap mereka.

Sesal Mendua merupakan single pertama dari album ini. Lagu ini hasil ciptaan Panji Sakti.  Menurut kata Panji, lagu ini menceritakan tentang penyesalan seorang kekasih yang telah menduakan kekasihnya, pada  mulanya kekasih tadi beranggapan perbuatan menduakan kekasihnya itu adalah yang baik namun kekasih barunya tidak sebaik yang disangkakan lelaki itu menyesal kerana curang terhadap kekasihnya .


Melalui lagu Dia Lydia, Panji menyatakan lagu ini di cipta khas untuk perempuan dan wanita yang bernama Lydia.Lydia adalah seorang wanita yang berjaya menambat hati seorang lelaki untuk menjadi kekasih hatinya sampai mati.Lelaki ini berusaha untuk membuktikan cinta sejatinya pada Lydia.



------------------------------------------------------------------------------------------------------

KRISTAL


Kumpulan Kristal ini ditubuhkan hasil usaha bapa kepada Rody (gitaris utama) yang mula-mula mengetengahkan bakat ahli kumpulan Kristal dengan menghantar demo kepada Awie yang kemudiannya melihat sendiri Kristal membuat persembahan.

Pada tahun 1999, Kristal mula muncul dengan album pertama bertajuk 'Semut & Lebah'. Album ini berjaya mempopularkan Kristal menerusi lagu 'Seragam Hitam' & 'Ku Membisu'. Tahun 2002, Kristal sekali lagi berjaya menarik perhatian pendengar dengan lagu 'Delaila' & 'Resam Pak Belalang' menerusi album 'Pak Belalang' .

Setelah keluar dengan 'Semut & Lebah' serta 'Pak Belalang', Kristal muncul dengan organisma yang lebih berbahaya iaitu 'N.T Virus'. Album 'N.T Virus' ini mula berada dipasaran pada bulan April 2004. Terdapat 10 lagu dimuatkan dalam album ini termasuk 'Keindahan Pantai' yang pernah dipopularkan oleh arwah M. Shariff & The Zurah.

'N.T Virus' yang dijadikan tajuk album merupakan metafora bagi menggambarkan pendirian Kristal yang menentang segala pengaruh buruk & merosakkan dalam bidang seni & kehidupan. Sebuah lagu berjudul 'Virus' ciptaan Joe Wings turut dimuatkan dalam album N.T Virus ini.

Pada tahun 2006, Kristal telah mengeluarkan satu lagi album baru yang bertajuk 'Analogi'. Album ini memuatkan 10 buah lagu termasuk 1 lagu lama, Zunika (dipopularkan oleh A. Romzi) yang diberi nafas baru.

Line up asal Kristal ni terdiri dari Razlan (penyanyi), Rody (gitar utama), Izal (bes), Bob (gitar kedua) dan Ainul (dram). Namun disebabkan Ainul dan Bob ada komitmen lain maka tempat Ainul digantikan oleh Joe (dram). Tetapi disebabkan Joe pula ada komitmen yang lain. Maka Kristal sekali lagi kehilangan pemain dram. Posisi Joe diganti oleh Nicx tapi sekadar sensionist. Kristal akhirnya dapat mengisi posisi ini dan digantikan oleh Acap (adik kepada Rody).



------------------------------------------------------------------------------------------------------

KRU


Ketiga-tiga adik-beradik ini mula menghasilkan muzik sendiri sejak di bangku sekolah lagi apabila salah seorang emak saudara mereka membeli keyboard mainan untuk Norman sempena hari jadinya, turut mencetus minat adik-adiknya terhadap muzik.
Ketika adik-beradik bin Abdul Halim menghabiskan waktu remaja mereka di London, mereka terdedah kepada pelbagai irama muzik Barat. Pada masa itu muzik Melayu dipenuhi lagu berentak jiwang dan rock balada. Mereka juga merupakan penyokong pasukan bola sepak Selangor, pernah menulis lagu rap bertajuk Viva Selangor untuk pasukan kegemaran mereka, disusuli oleh lagu Merah Kuning. Ketika itu mereka dikenali sebagai SRU – Selangor Rappers Unit.
Semenjak itu, Norman, Yusry dan Edry mula menulis lebih banyak lagu original. Tanpa pengetahuan mereka seorang rakan sekampus Norman menghantar demo mereka kepada syarikat rakaman EMI (Malaysia). Pengurus syarikat ketika itu, Calvin Wong, menyukainya dan memanggil adik-beradik itu untuk ujibakat. Tidak lama kemudian, pada 19 Mei 1992, lahirnya kumpulan KRU.
Kumpulan KRU merupakan kumpulan rap yang paling diminati oleh para remaja sekitar tahun 90-an. Mereka telah terlibat dalam pelbagai kontroversi tetapi mereka masih dapat bertapak dalam industri muzik Malaysia dengan kukuh hingga sekarang.


------------------------------------------------------------------------------------------------------

LIYANA JASMAY


Sewaktu mula berkecimpung dalam bidang lakonan, Liyana hanya berlakon dalam siri televisyen. Pada tahun 2006, barulah Liyana melangkah ke layar besar dengan memegang watak utama Phim dalam filem Castello. Peranan ini yang memberi pencalonan Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-19 pada tahun yang sama.


Pada awal tahun 2007, Liyana ditampilkan dalam filem Syaitan, tetapi cuma memegang watak sampingan. Pada tahun yang sama Liyana kembali ke layar kecil dengan memegang watak Lyn dalam KAMI. Beliau juga muncul dalam video muzik lagu Salahku oleh kumpulan Sofaz.


Pada tahun 2009, Liyana menceburi bidang nyanyian pula dengan mengeluarkan album Aku Tak Percaya Cinta pada 18 November 2009, menampilkan lagu-lagu seperti "Aku Tak Percaya Cinta". Pada tahun yang sama, beliau memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik untuk filem Papadom di Fesitval Filem Malaysia ke-22, dan Pelakon Wanita Terbaik Filem untuk KAMI The Movie di Anugerah Skrin 2009.








No comments:

Post a Comment