ARTIS M-O

------------------------------------------------------------------------------------------------------
A-D | E-H | I-L | M-O | P-S | T-W | X-Z
------------------------------------------------------------------------------------------------------

M.NASIR

M. Nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir bin Mohamad (Lahir 4 Julai 1957) ialah seorang penyanyi, penggubah lagu, pelakon, serta pelukis yang menetap di Malaysia. M. Nasir dilahirkan di Singapura. Beliau juga dikenali dengan jolokan sifu dalam industri muzik Malaysia.

Beliau merupakan pengasas Kumpulan Kembara pada tahun 80-an. M.Nasir juga merupakan pemilik Luncai Emas Sdn Bhd & Pengetua Akademi Fantasia 3. malah adik lelaki M.Nasir iaitu Dzul juga aktif dlm bidang seni di Singapura. Selaku komposer, beliau merupakan insan yang bertanggungjawab terhadap kegemilangan artis-artis terulung tanah air seperti Alleycats, Search, Wings, Ella, Ziana Zain, Hattan, Spider, Mawi dan Misha Omar. 



------------------------------------------------------------------------------------------------------

MAS IDAYU


Mas Idayu atau nama sebenarnya Mas Idayu Binti Mesnun merupakan seorang penyanyi di Malaysia yang dikenali sebagai Ratu Gelek 45°. Anak Kelahiran Johor ini membawakan lagu-lagu berkonsepkan dangdut.


Album

Cinta 100% (1995)
Dunia Cinta (1997)
Bolehlah Boleh (1999)
Mas Idayu 1001 (2002)
Kekal 1001 (2008)






------------------------------------------------------------------------------------------------------

MAWI


Asmawi Ani atau Mawi dilahirkan pada 25 Ogos 1981 merupakan juara rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 3 di Malaysia pada tahun 2005. Pada mulanya, dia telah tersingkir daripada konsert prelude namun dia diserap kembali di akhir konsert minggu pertama berdasarkan pemilihan juri terhadap 8 pelajar yang tersingkir itu.


Dia memulakan pembelajaran di Akademi Fantasia bersama Marsha di minggu kedua. Mawi telah melakar pelbagai kemenangannya terhadap kesemua pertandingan yang dimenanginya sehinggakan digelar Raja SMS kerana sering mengungguli anugerah melalui undian SMS sebelum timbul kontroversi terhadap dirinya daripada pihak media.


Dalam masa tiga bulan sepanjang pertandingan ini berlangsung, beliau terus menjadi seorang ikon negara setanding dengan penyanyi terkenal tanah air seperti Siti Nurhaliza. Asmawi memenangi Akademi Fantasia 3 dengan kemenangan yang mudah dan sudah dijangka lagi, tidak seperti juara-juara Akademi Fantasia sebelumnya. Akibat daripada kemenangannya, satu fenomena Mawi telah muncul di Malaysia.


Hanya memerlukan tidak kurang daripada setengah tahun sahaja, beliau telah berjaya menjadi seorang jutawan hasil daripada tajaan-tajaan yang mencurah-curah dan jualan album yang sangat memberangsangkan terhadapnya.


Mawi terkenal dengan frasa "World" dan seringkali disahut oleh peminatnya, "Mawi World!". Sungguhpun beliau kini popular, namun terdapat 1 perkara yang paling mengecewakan peminat-peminatnya malahan telah mencalarkan sedikit popularitinya ialah apabila beliau memutuskan ikatan pertunangannya dengan Nordiana Mohd Naim atau Ina Naim yang kini mengikuti jejak langkahnya sebagai penyanyi. Ibarat kata orang tua-tua, jodoh di tangan Tuhan. Akan tetapi, tindakannya untuk berpisah dengan Nurdiana tersebut bukan sahaja mengecewakan kedua-dua buah keluarga malahan kerabat diraja Johor iaitu Tengku Mahkota Johor, Tengku Ibrahim Ismail sendiri turut berasa kecewa kerana Mawi telah melanggar amanat baginda untuk menjaga tunangannya itu dan menjadikan beliau sendiri sebagai contoh dan ikon utama negeri Johor.


Sungguhpun kedua-duanya sudah berpisah tetapi hubungan mereka masih amat baik. Malahan Mawi sendiri pernah mengingatkan bekas tunangnya supaya berhati-hati apabila hidup sebagai artis.


------------------------------------------------------------------------------------------------------

MAY


Kumpulan MAY ditubuhkan pada 1986 oleh 4 orang anak muda daripada kampung Manjoi, Ipoh, Perak yang mengikuti langkah SYJ dengan menubuhkan sebuah kumpulan muzik aliran keras. Nama MAY diambil sempena pangkal huruf nama timang-timangan keempat-empat mereka iaitu 'M' bagi nama Mus (Mustaffa Din) dan Man (Sharip), 'A' bagi Abu (Nasir) dan 'Y' bagi Yus (Mohktar).


Album pertama May diterbitkan sendiri mereka pada tahun 1987 berjudul 'Dilema'. Sebelum 'Dilema', May ada merakamkan sebuah album mini 'Juara Juara Rock' yang mengabdikan enam lagu. Lagu popular bagi album tersebut ialah 'Derita Bangsa', 'Bayangan Hidup' dan Sketsa Sebuah Cinta'. Bagi album 'Dilema', lagu hits adalah 'Ku Dalam Dilema', 'Sketsa Sebuah Cinta' (lagu yang diambil dari Juara Juara Rock) dan 'Keadilan'.


Album kedua May yang berjudul 'Hakikat' adalah album yang menaikkan nama May. Album ini berjaya dijual sebanyak 200,000 unit. Lagu-lagu seperti 'Sendiri', Cintamu Mekar Dihati', 'Dari Kacamata' dan 'Hakikat Perjuangan' menjadi siulan anak-anak muda ketika itu. Lagu 'Sendiri' juga telah berjaya memasuki pertandingan akhir dalam Muzik-Muzik.



------------------------------------------------------------------------------------------------------

MEET UNCLE HUSSAIN


Kumpulan Meet Uncle Hussain (juga dieja MeetUncleHussain atau meetunclehussain, singkatan MUH) ialah sebuah kumpulan muzik bebas Malaysia yang pada asalnya dianggotai oleh empat orang iaitu Lan (vokal utama/gitar kedua), Taja (gitar utama/vokal latar), Kudux (dram) dan Afat (bass/vokal latar). Mereka juga pernah menggunakan khidmat bekas pemain dram Flop Poppy dan Gerhana Skacinta, Bakri ketika persembahan mereka. Konsep lagu yang didendangkan oleh Meet Uncle Hussein berbentuk rock progresif.
Pencapaian besar mereka yang terawal ialah dijadikan Kumpulan DIY Terbaik oleh majalah ROTTW pada tahun 2005. Pada tahun 2007, kumpulan ini makin laris dengan penampilan dua lagu mereka, La La La Kerjalah dan Lagu Untukmu sebagai lagu tema KAMI yang bertemakan perjuangan pemuzik bebas di Malaysia. Pencapaian terkini dinobat sebagai juara lagu di Anugerah Juara Lagu 23.
Pada awal tahun 2009, Lan meninggalkan kumpulan itu setelah mengalami perselisihan faham dengan ahli-ahli kumpulan yang lain, lantas menubuhkan 'kugiran satu ahli' yang bernama Azlan & The Typewriter.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

MISHA OMAR


Samihah Binti Omar atau nama komersialnya Misha Omar dilahirkan pada 6 Januari 1982 adalah seorang penyanyi wanita Malaysia berbangsa Melayu yang telah memenangi 5 trofi Anugerah Juara Lagu, 4 Anugerah Industri Muzik, 3 Anugerah Era & sebuah trofi Festival Filem Malaysia & Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Beliau berasal dari Machang, Kelantan dan mula menceburi bidang seni suara sejak berusia 19 tahun setelah menyertai pertandingan Bintang RTM 2001. Populariti beliau memuncak setelah meraih pelbagai anugerah pada tahun pertamanya sebagai artis, dan terus bertahan popular hingga setanding dengan populariti penyanyi wanita lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Liza Hanim dan Jaclyn Victor.
Misha, anak keempat dari tujuh beradik kepada seorang pesara kerajaan; minat menyanyi sejak kecil dan sering menyanyi karaoke bersama keluarganya di Kota Bharu, Kelantan. Peminat setia penyanyi Liza Hanim ini seringkali menyanyi lagu Liza di dalam bilik mandi hingga suatu hari Misha dicabar memasuki pertandingan nyanyian.



Bakat Misha mula dikesan apabila beliau menyertai Bintang RTM 2001 yang mana, pertandingan ini adalah yang pertama kali dan satu-satunya pertandingan nyanyian amatur yang disertainya sebelum bergelar artis. Menerusi pertandingan nyanyian yang disiarkan setiap minggu di saluran TV1 itu, Misha berjaya menempatkan diri sebagai salah seorang finalis pada peringkat akhir pertandingan tersebut.



Ketika mara ke peringkat akhir, Misha mendendangkan lagu nyanyian asal Salamiah Hassan berjudul Menghitung Hari dan Antara Yang Manis (Anita Sarawak). Pertandingan peringkat akhir itu turut disertai penyanyi-penyanyi seangkatan Misha yang menempa nama menerusi penglibatan dalam pertandingan ini seperti Siti Sarah, Farawahida, Are-Meer - Vokalis Sofaz dan juara pertandingan tersebut Azharina Azhar.


------------------------------------------------------------------------------------------------------

MIZZ NINA

Shazrina binti Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina adalah salah seorang daripada anggota kumpulan Teh Tarik Crew. Merupakan satu-satunya ahli wanita dalam kumpulan Kumpulan Teh Tarik Crew. Kini telahpun menjadi penyanyi solo yang mencipta nama di peringkat antarabangsa. Setelah lapan bulan bertunang, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, 27 tahun, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 31 tahun. Majlis pernikahan mereka dilakukan di kediaman keluarga Mizz Nina di Ukay Heights, Ampang, dekat sini. Pasangan pengantin baru ini dinikahkan sendiri oleh bapa Nina, Tan Sri Azman Hashim kira-kira pada pukul 10.20 malam, Jumaat, 1 Julai 2011.



------------------------------------------------------------------------------------------------------

NING BAIZURA


Ning Baizura telah dilahirkan di Kajang, Selangor. Beliau mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian seawal usia empat tahun. Ketika beliau berusia sembilan tahun, beliau sudah mula memasuki kelas vokal Soprano yang telah diajar oleh seorang Pemuzik Profesional Indonesia, Siti Chairani. Setelah digilap bakatnya, akhirnya Ning telah berjaya menyertai pertandingan Voice Of Asia di Kazakhstan dan telah berjaya memenangi tempat ketiga.


Ning akhirnya telah berjaya melahirkan album sulung beliau iaitu Dekat Padamu. Lagu pertama yang telah melonjakkan nama beliau ialah Curiga. Selain itu, bakat luar biasa yang dimiliki oleh penyanyi kelahiran Kajang ini telah membawa namanya hingga merentasi ke beberapa negara seperti di Jepun, Singapura, Indonesia, Brunei dan beberapa lagi negara lain. Ia sekaligus mengiktiraf Ning sebagai artis antarabangsa setanding dengan Anita Sarawak dan Datuk Sharifah Aini.
Setelah berusia 32 tahun, Ning akhirnya telah menemui jodohnya iaitu Omar Shariff yang berbangsa Inggeris. Mereka mula bertemu di majlis perkahwinan rakan baik Ning di Bali, Indonesia. Hubungan mereka semakin akrab selepas mengikat tali pertunangan bersama. Mereka telah mengikati pertunangan pada 17 Julai 2007. Pernikahan dua pasangan ini telah berlansung pada 31 Januari 2008.





------------------------------------------------------------------------------------------------------

NORA


Wan Norafizah binti Ariffin atau lebih dikenali sebagai Nora merupakan seorang penyanyi yang mula mencipta nama pada tahun 1994 dengan album pertama yang berjudul SANDIWARA.Beliau berasal dari Kg.Dewan Beta, Kota Bharu Kelantan.



 Album

Sandiwara (1994)
Debaran (1995)
Naluri (1996)
                                        Hanya Satu (1998)
                                        Abstrak Nora - Koleksi Terbaik (2000)
                                        Kirana (2000)
                                        Nora Nora (2002)
                                        Cinta Satu Dekad (2003)
                                        Samudera (2006)
                                        Memori Hit Nora (2009)



------------------------------------------------------------------------------------------------------

NORANIZA IDRIS


Nor Aniza Binte Haji Idris @ Noraniza Idris dilahirkan di Kampung Melayu, Kluang Johor. Anak kepada penyanyi boria dan qariah Al-Quran ini, ialah anak keenam daripada dua-belas adik beradik. Berpendidikan rendah di Sekolah Tengku Mahmud 1, Kluang dan seterusnya melanjutkan pengajian di Sekolah Tinggi Kluang.

Noraniza Idris telah menyertai Bintang RTM pada tahun 1985 sebelum merakamkan lagu dalam album Melayu Deli yang diterbitkan oleh Life Record. Dalam rakaman itu Noraniza Idris telah banyak dibantu oleh Hamidi Rashid yang merupakan A&R Life Record waktu itu. Bermula dari situ, Noraniza Idris telah membentuk imej dan personalitinya sebagai seorang penyanyi.

Setelah Melayu Deli, Noraniza Idris merakamkan album Kaparinyo : Seleksi Lagu-lagu Dari Filem dan Nostalgia Malindo sebanyak 3 Volume. Popularitinya semakin meluas apabila beliau merakamkan pula lagu-lagu sendiri menerusi 3 buah album pop Melayu Mengemis Rindu, Inginku Sandarkan Harapan dan Masihkah Dirimu Menyayangiku.

Setelah itu beliau mula merakamkan lagu-lagu dari filem Melayu klasik menerusi album Lagu-lagu dari Filem dan Kenangan Lama, sebanyak 9 Volume bersama Abdullah Chik dan seterusnya mengikat kontrak bersama Sony Music Malaysia menerbitkan album pop etnik berjudul Monolog Duka.



Selepas album tersebut, Noraniza masih aktif menyanyi bersama Abdullah Chik tambahan beliau telah keluar dari Sony Music. Namun pada 19 September 1995 ketika bersama menjayakan sebuah pertunjukan pentas di Kota Bharu, Kelantan, Abdullah Chik jatuh di belakang pentas lalu menghembuskan nafas terakhir, yang kemudiannya disahkan akibat serangan jantung. Jenazah Abdullah Chik dibawa ke Kuala Lumpur dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Petaling Jaya. Sejak itu Noraniza sedikit murung dan tidak bersemangat untuk terus memperjuangkan irama tradisional Melayu.

Setelah tiga tahun menyepi kerana memberi perhatian terhadap keluarga, akhirnya pada tahun 1997, Noraniza Idris telah melahirkan album eksperimental yang bercorak pop tradisional, Pertemuan beliau bersama penerbit album tradisional terkenal Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah ternyata memberi tuah. Maka lahirlah album Ala Dondang yang diterbitkan atas kepercayaan Suria Record (SRC). Memandangkan sambutan yang menggalakkan, beliau terus kekal merakamkan album-album yang berirama tradisional Malaysia seperti Masyhur dan Seri Balas. Noraniza diiktiraf sebagai pelopor kepada irama Pop Etnik dan Tradisional kerana berani menerbitkan album tradisional secara tidak konvensional seperti sebelum ini.

Pada album yang berikutnya, Noraniza Idris telah membuat satu pembaharuan pada album beliau dengan menyelitkan lagu yang berunsurkan peribumi tradisional. Maka terbitlah lagu Ngajat Tampi (ciptaan Rosli Selasih/Siso) dalam album Bekaba. Seterusnya Noraniza terus melahirkan album-album yang banyak bereksperimen dengan muzik sejagat hingga diberi gelaran Ratu Pop Tradisional.



Pada tahun 2006, Noraniza Idris telah menerbitkan sebuah album kompilasi khas untuk menandakan 20 tahun penglibatan beliau dalam industri muzik ini, iaitu Lenggok 20 Tahun. Album ini juga sempat memuatkan sebuah lagu lama yang diolah semula, Dayung Sampan, dengan menampilkan pemain erhu, He Yun yang didatangkan khas dari Negara Cina.

Pada tahun 2008 menyaksikan Noraniza diberi penghormatan apabila lagu-lagunya nyanyian dipilih untuk mewakili konsep muzik Melayu Kontemporari dalam pertandingan realiti Sehati Berdansa Musim 2. Lagu-lagunya dipilih untuk persembahan tarian oleh kesemua peserta program tersebut yang terdiri daripada pasangan selebriti Malaysia.









No comments:

Post a Comment